merupakan salah satu pembaharuan yang dicipta oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA. Bermatlamatkan peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan dimana sasaran utama mereka adalah dikalangan kanak-kanak yang memerlukan perhatian yang khusus*.

Kanak-kanak ini dijangkan dapat menguasai asas literasi dan numerasi selepas melalui proses pendidikan rendah selama 3 tahun sehingga akhir tahun 2012.
Sesuatu yang baru dilaksanakan sudah pasti wujud beberapa anasir yang kurang sedap didengar. Sebagai contoh apabila pelancaran program ini di laksanakan pada murid tahun 1,ramai ibu bapa yang berpendapat bahawa strategi ini akan mengelirukan sistem pembelajaran anak-anak mereka. Kepada ibu bapa, jangan cepat melenting terhadap masalah seperti ini. Semasa proses pembikinan, pihak kementerian pasti sudah merancang beberapa stategi untuk memastikan program ini berjaya.(rujukan: http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=731) Isu seperti ini sedikit berbeza dengan isu PPSMI. Akhirnya pelajar dilihat tidak mempunyai masalah dalam menguasai subjek yang diolah bahasanya kepada Bahasa Inggeris. Justeru itu, sebagai satu langkah bijak, kita sepatutnya membantu pihak kementerian dalam memastikan semua kanak-kanak menerima ilmu dengan semaksima mungkin.
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.(sumber:Kementerian Pelajaran Malaysia)
No comments:
Post a Comment